Isnin, 9 April 2012

Ukhwah....

Ukhwah itu indah jika ianya berlandaskan keikhlasan dan kepercayaan,
namun ukhwah fillah itu sukar dicari,
ianya bagai sebutir permata didasar lautan,
manusia mudah untuk melafaskan kata-kata azimat tentang ukhwah fillah,
tetapi hatinya sukar untuk mengiyakan dan meyatakan kebenaran yang tersembunyi di sebalik sekeping hati,
hanya tuhan yang boleh menilai  hati seseorang yang betul-betul tulus dan ikhlas dalam mengukuhkan tali persaudaraan dan menyayangi saudara seislamnya hanya kerana Allah,
semoga ukhwah yang kita bina berkekalan dan teguh berdiri di atas jalan yang diredhai Allah,
andai kata keikhlasan itu ada dalam ukhwah yang terjalin ini,
kenanglah daku dalam doamu....

" ya Allah,jika dia sahabat terbaikku,jika dia insan yang membolehkan aku untuk mendapat halawatul iman yang dijanjikanmu,engkau tetapkan lah hatiku untuk menyayangi dirinya keranaMu,ya Allah hindarkan lah diriku daripada mengotori  ukhwah yang suci ini,eratkanlah tali persaudaraan antara kami.sesungguhnya ingin ku ke syurgamu bersama dirinya.amin"





surat sayang dari  ~Bieylahuda Zulkifle~

Tiada ulasan: