Jumaat, 27 April 2012

spOngbob & sandy





hai semua 
aku tiba2 nak story pasal member aku sowang ni
tadi dia call aku i2 yg tiba2 nak story pasal dia ni
aku panggil dia spOngbob..nma betul shhh!! rahsia ^_^
sp0ngebob ni la kawan aku..
kawan yang selalu menghappykan diri aku
dia ibarat spOngebob macam dalam tv9 tu....
watak dia,perangai dia,sikap dia sebijik macam spOngebob
tapi ini versi manusia betol la hahaha

dia selalu gelarkan aku sandy sebab kata dia peragai aku sama dengan sandy...
ketegaq!!! hahaha
sepanjang aku kawan dengan dia aku rasa macam enjoy n bebas bercerita apa saja
sebenarnya dia lah orang yang tahu apa saja tentang masalah aku
kisah sedih aku,kisah gembira aku,kisah gila aku n semuanya....
walaupon aku baru jumpak dia sekali,
aku selesa sangat untuk bercerita apa saja dengan dia..
luaran dia nampak macam sengal je...
tapi bila dah kenal aku akui ko memang "sengal+gila= terbeekk"
dengan dia aku boleh jadi diri aku yang sebenar tanpa rasa malu...
sebab aku tahu dia kawan yang terbaik
kadang-kadang hati aku selalu dibelenggu dengan masalah
tapi dengan kewujudan spOngebob masalah aku dapat diselesaikan dengan senangnya
walaupon kami berhubung sebulan sekali tapi persahabatan itu tetap erat...
betol kata orang,


bila kita berkawan dengan ikhlas...persahabatan itu menjadi indah untuk selamanya

realitinya banyak sangat kawan sekarang ni yang makan kawan tau
memandangkan aku sejak dua menjak ni banyak frust dengan sikap segelintir kawan aku ni
so aku nasihatkan hampa hati2 la pilih kawan
realitinya x semuanya yang kita nampak baik i2 adalh kawan yang sesuai
kadang2 kawan yang perangai jahat ni lebih jujur berkawan 
pilih la kawan sebaik mungkin
biar susah senang bersama
baru persahabatan itu indah dan bahagia

aku bangga dapat kenal ang Spongebob (tangan didada mulut tersenyum)



|  kehidupan ibarat lautan...dimana ada laut disitu ada spOngebob n Sandy  |



   *sandy tetap comey dari spOngbob k..
hahahaha





Rabu, 25 April 2012

PLKN part 1

Assalamualaikum

1 HASRAT,1 SEMANGAT,1 TEKAD





sebenarnya dah lama aku buat entry pasal kisah-kisah aku dekat PLKN,tapi baru arini berpeluang untuk merajinkan diri aku menaip pasal entry ni..haha...al maklumla bila duduk umah wat aktiviti bina badan dan eksperiment makanan,,secara automatik otak akan jadi blurr dan tangan menjadi lemah untuk menaip or secara saintefik nya bermaksud aku MALAS menaip...hahaha~~~


ok balik kepada entry aku ni,,aku sebenarnya merupakan bekas Wirawati Negara sebulan yang lepas...aku telah terpilih untuk join PLKN kumpulan 1 siri 9/2012 kat kem PLKN Tegas Mesra Selama Perak... Oppsss relaz2 jangan kalut-kalut nak p usya profil aku skarang sebab aku tau msti hampa pelik kan kenapa aku berumor 20 tahun tiba2 pergi PLKN??? i2 la specialnya aku ni...^_^ al kisahnya aku ni sebenarnya peserta penagguhan 2 tahun lepas.time siri 7 aritu aku dah msuk f6 dah so aku tangguh la sbb x dak hati dah nak pergi panggilan ke3...n sekarang lepas habis F6 dengan jayanya aku telah join kembali PLKN...baik kan aku...:)
*ramai kata aku gila sebab rajin nak masuk PLKN balik bila diberi penagguhan






*buruk gila seyes malu nk tunjuk....special untuk blog ni je..^^

10.1.2012

tarikh aku jejak kaki ke PLKN..aku sampai kem dalam tengahari jugak la..sebenarnya KTM ni dekat je dengan umah aku dalam 40 minit je dah sampai..yang paling gempak dia waktu nak antaq aku ramai gila sedara-mara aku yang join termasuk Tok aku...bukan senang tok aku yang penat tu nak kuaq umah g antaq aku...sebijik van n sebijik keta antaq aku g masuk PLKN...haha sedangkan bukan jauh pon...

first pandangan aku masuk kem seyes seram gila sebab sunyi sepi je..aku rasa cam xdak orang...lepas aku daftar borang n cek segala bagai akhirnya aku ditempatkan di Dorm C..Orang first aku jmpak adalah kakak n abang kerani kem tu and sorang cikgu..tengahari tu jugak aku masuk dorm n secara automatik budak2 dorm smua panggil aku "kak HUSNA" cuak gila..baru berangan nak jadi muda dah dapat pangkat kak...huhuhu keciwa hati ku..

========================**===========================


sebagai panduan untuk semua meh aku nk cita ap yang aktiviti yang dilakukan sepanjang ak kt kem ni...
PLKN ni sebenarnya ada 4 modul iaitu
~modul fizikal (termasuk menembak)
~modul kenegaraan
~modul pembinaan karekter
~modul khidmat komuniti

setiap modul2 ni ada macam-macam elemen dan aktiviti dia...smua nya gempak2 gila....xmenyesal join aktiviti2 ni..


pastu kami jugak dibahagikan kepada 4 kompeni iaitu ALPHA,BRAVO,CHARLIE and DELTA...
* aku kompeni BRAVO...gO BRAVO!!! (tiba-tiba --')




k lah nnti aku story lain pasal aktiviti n kenangan aku kat PLKN ni k..bukan pe aku tulis panjang-panjang pon nanti susah orang nak baca...hehehe...k daaa



| wirawati HUSNA |




Selasa, 17 April 2012

kekecewaan hati | kawan ke???|

kadang-kadang kita sebagai manusia tak mengharapkan sesuatu yang terlalu besar
yang aku harapkan hanyalah persahabatan
apa erti persahabatan tanpa pertolongan...


saat aku dalam kesusahan tiada pertolongan yang diberikan
bukanlah pertolongan yang berat aku mohon
hanya pertolongan yang kecil
andai pertolongan ini pon korang tak dapat tolong
aku rasa lepas ni jangan tanya kenapa aku berubah serta merta


kini aku sedar kadang-kadang jangan terlalu menolong orang
saat korang betul-betul dalam kelemahan dan dalam kejatuhan
jangan sesekali meminta tolong dari aku
aku betul-betul kecewa ada kawan macam korang


walaupon aku x kaya dengan harta benda,tapi kau kaya dengan adab dan budi bahasa
tapi kalau dengan perangai korang ni ak rasa tak patut kot aku beradab...

sekian

Ahad, 15 April 2012

1..2..3...

dah nak dekat sebulan jugak la aku telah melibatkan diri aku dalam group TLDM| tidor|lepak dan makan|...
group ni telah mula beroperasi sejak aku menjejakkan kaki ke rumah ak 17.3.2012...
kini aku punya tahap IQ mengenai makanan telah berjya ke tahap yang tertinggi..
ini smua berkat aku  punya hobi tahun 2012 iaitu Masak n Makan.
Kesan dari hobi terbaru aku tu menunjukkan kesan yang positif iaitu berat aku telah naik 3kg..3 KG tu hampa nk tau..aku rasa perut aku ni buncit kalah perut abang2 aku tau...



adeh sadis gila bila duduk rumah ni tanpa keja..
al kisahnya bukan aku x nak keja tapi mak aku tak bagi..
aku baru ja buat mukadimah kata ada keja kosong kat Bagan Serai,last2 mak aku bising-bising terus...
aku tau mesti hampa tak percaya punya la awat mak aku pelik sangat anak nak keja pon tak bagi...
i2 la realitinya...hahaha bek kan mak aku.
tapi aku tetappujuk jugak nak keja...aku tak nak hobiterbaru aku ni menjejaskan harga saham aku masa akan datang...ekonomi sekarang kan tak stabil...turun naik turun naik hahaha

| aku tetap pegi mintak kerja jugak..ada rezeki insyaAllah dapat la |

Selasa, 10 April 2012

aku Rindu :(

aku rindu dimarahi Pak...
aku rindu dipeluk Pak...
aku rindu diarah pergi kedai oleh Pak...
aku rindu kena tampaq dengan Pak...
aku rindu nek moto sma2 dengan Pak...
aku rindu pergi ronda-ronda dengan Pak...
aku rindu nk cium tangan dengan Pak...
aku rindu nak sorok fon bila berdepan dengan Pak...
aku rindu nak makn sma-sama dengan Pak...
aku rindu nak bancohkan air kopi untuk Pak...
aku rindu kena tengking dengan Pak....
aku rindu mengadu dengan Pak...
aku rindu nak pergi shopping sma-sama dengan Pak...
aku rindu nak picit kaki n kepala Pak...
aku rindu semuanya tentang Pak...
aku rindu PAK!!!!!!!!!

#Al- Fatihah untuk arwah Pak "Suhaimi bin Salim"

Isnin, 9 April 2012

Ukhwah....

Ukhwah itu indah jika ianya berlandaskan keikhlasan dan kepercayaan,
namun ukhwah fillah itu sukar dicari,
ianya bagai sebutir permata didasar lautan,
manusia mudah untuk melafaskan kata-kata azimat tentang ukhwah fillah,
tetapi hatinya sukar untuk mengiyakan dan meyatakan kebenaran yang tersembunyi di sebalik sekeping hati,
hanya tuhan yang boleh menilai  hati seseorang yang betul-betul tulus dan ikhlas dalam mengukuhkan tali persaudaraan dan menyayangi saudara seislamnya hanya kerana Allah,
semoga ukhwah yang kita bina berkekalan dan teguh berdiri di atas jalan yang diredhai Allah,
andai kata keikhlasan itu ada dalam ukhwah yang terjalin ini,
kenanglah daku dalam doamu....

" ya Allah,jika dia sahabat terbaikku,jika dia insan yang membolehkan aku untuk mendapat halawatul iman yang dijanjikanmu,engkau tetapkan lah hatiku untuk menyayangi dirinya keranaMu,ya Allah hindarkan lah diriku daripada mengotori  ukhwah yang suci ini,eratkanlah tali persaudaraan antara kami.sesungguhnya ingin ku ke syurgamu bersama dirinya.amin"





surat sayang dari  ~Bieylahuda Zulkifle~

Jumaat, 6 April 2012

ketahuilah......



#Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

#Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

#Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

#Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

#Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

#Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

#Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian


info:::FB >_<

 

bila Cik Kura mula bOsan...

bila cik kura bosan dia hanya tau makan je...
mAkan..mAkan...mAkan...mAkan...n mAkan...


dulu kurakura ni berimpian nak jadi chef...
tapi lepas dia tegok cerita "Cinta Kura-Kura" terus dy x nk jadi chef...
sebb ap???
sebab katanya takot kena bunuh n dijadikan makanan manusia...
kata dia mcam 2 la..
oleh itu aku sebagai tuan dy yang paling comey n baik ni menyokong la hasrat dia 2...*ok tangan didada...mata ke atas*

meh tengok menu masakan cik kura arini k...


ini nma dia "spaghetti suka hati" >_<




and lagi satu resepi




ni pulak "kueh Melaka"



buktinya bila cik kura bosan dia akan masak macam-macam...
nampak sedap kan...(terpuji diri disini~sekian)


#esok menu ap plak erk???



Khamis, 5 April 2012

Bawalah cinta ke Syurga....












jika cinta, 
ia akan mmbawa ke syurga,
mnjauhi neraka,
bukan di dunia semata-mata,
tetapi bersamanya di sana...

jika katakn cinta pd ibu ayah, adik beradik, saudara mara, ustaz ustazah, guru-guru, sahabat, teman dn kawan, isteri, anak dn smua yg brada brsama kita, maka pstikanlh diri kita ini mmpu utk mmbawa mrka ke syurga brsama-sama.

bagaimana diri kita hari ini? lebih baik dari semalam atau sebaliknya??? muhasabah...

jika saya katakn, "saya cintakn mereka". namun, bagaimana cinta saya mmpu mmbawa mereka ke syurga


berubahlah agar diri ini tidak dibelenggu dosa yg dibina selama ini atas dasar cinta palsu di dunia...


akU BOLEH hidup tanpa cinta palsu disisi

TAPI

aku TIDAK BOLEH hidup tanpa cinta ALLAH disisi



Rabu, 4 April 2012

Pengalaman cari keja part time ^_^

assalamualaikum...

hari ni pagi-pagi dengan semangatnya aku bangun dari tidor secara sedar tanpa mamai-mamai,,tanpa golek-golek atas katil smpai terjatuh katil,tanpa mak aku jerit-jerit,tanpa kena simbah dengan air,tanpa dapat panggilan dari mak aku(cara terbek mak aku nk kejutkan aku melalui call fon ak**sedangkan dok sebelah ak je**) tanpa cara-cara lain lagi...pagi ni aku bangun dengan semangat yang membara ooo....

semanagt nak cari keja part time...malam tadi aku tido awal sebab nak pastikan aku dapat tidoq yang cukup untuk pegi mintak keja pagi ni...dengan semangatnya aku bersiap untuk pergi berjuang mencari rezeki agar masa aku lagi 6bulan ni x terbuang begitu saja dengan hanya TIDOQ,MAKAN,ONLINE,TENGOK TV,,,,setelah 2bulan lebih aku berkhidmat untuk negara,sekarang aku telah menanam azam untuk berkhidmat pada buku bank....heheh aku harap-harap buku bank aku penuh dengan duit sepanjang 6 bulan ni...hehehe kalau aku x kerja jawabnya buku bank aku 2 bukan la penuh tapi berkurang lagi ada la......

Dengan tekad dan azam penuh semangat aku merempit pgy mencari keja part time dekat pekan...walaupon pekan ni xla besaq mana tapi ini je tempat yang termampu aku p (mak aku x kasi pgy keja jauh2)...dengan kudrat yang ada aku pecut moto aku macam biasa la....target aku mula-mula kat KFC...sempat la bagi data aku kat KFC tu...diorang kata nanti diorang call...aku harap2 ad la rezeki aku kat KFC tu...

Lepas2 aku jalan-jalan meneruskan misi aku,,aku ternampak satu kedai yg tulis "JAWATAN KOSONG....BERUMUR 20-30"..aku dengan lajunya terus pegy masuk mintak keja kat kedai tu...pastu tokey kedai 2 terus temuduga aku...

dengan muka cuak dia tanya aku beberapa soalan

Lu mau mintak ini keleja ka???
iyola..tadi saya nampak itu depan kedai ad taruk itu kerja kosong..saya mau cuba try test 
lu serius ka mau cuba ini keleja
yala...kenapa xboleh ka???
u sudah habis baca i2 sekolah ka belomm
sudah..saya sudah 20tahun loo

dengan muka cuak dia pandang aku atas bawah,,atas bawah...
aku tau la aku muka comey macam umur 17 *tangan ke dada...mata keatas*

lu boleh ka keleja ini???
saya boleh buat apa2 sja tokey,kalu saya x teri tokey boleh ajar saya maaa,,sya pndai,rajin..
tapi ini keleja susah oo
xdak apa yang senang di dunia ini tokey semua susah loo

dengan muka manis n pujuk raju nk mintak kerja

lu kereja angkat barang dalam stor taruk dalam lori tiap2 hari...i2 kotak besar ooo...u boleh ka???
"
"
"
"
"
aku dengan senyum kambingnya terus ambil helmet menuju ke muka pintu kedai tanpa menoleh kebelakang....

gugur dah semangat aku nk mintak keja...





jadi driver mak aku je la jwabnya...






Isnin, 2 April 2012

mabuk bus???






aku makan ubat mabuk bila nek bus n terus tertidoq sepanjang perjalanan...
 
affect ubat sampai sekarang mengantok lagi @_@


##bila kaki rempit nek bus =_=