hati kecil ibu….
Pernah terpikirkah kita waktu kecik ibu lah yang kita
sayang,ibulah yang kita hormati, ibulah yang kita dahului dan ibu lah yang
terpenting…
Waktu kecil dulu ibulah yang sentiasa memikirkan segala
keperluan dan susun atur kehidupan harian kita dari pagi sampai malam...
kenakalan kita sentiasa diterima dengan hati terbuka oleh ibu…senakal-nakal
anak ibu tetap sayang..namun……………….
Semakin meningkat dewasa kasih sayang ibu telah berbelah
bagi….tanpa kita sedari kini kita lebih pentingkan kemewahan,cinta dan
kesibukan harian tanpa memikirkan keselesaan hidup ibu kita…pernahkah kita
memikirkan kesunyian ibu kita???
Semakin dewasa kita merasakan ibu kita mampu untuk
menguruskan kehidupan tanpa bantuan kita…iya memang betul ibu mampu uruskan
semuanya sendirian tapi tak sedarkah kita selama ini ibulah tempat kita memohon
pertolongan disaat takut akan ayah,,ibulah tempat kita memohon kasih
sayang,,ibulah tempat kita meluahkan persaan…tak sedarkah kita walaupon ibu ada
ayah,namun ibu tetap sunyi mengenangkan anak-anaknya yang tiada disisi…
Namun kini disaat kita dewasa mampu untuk berdikari kita
lupa segala janji untuk berbakti kepada ibu bapa…dulu di depan ibu kita
berjanji akan jaga ibu,kita berjanji akan membawa ibu ke merata dunia,,kita
berjanji akan memberi kesenangan pada ibu….kini??? segalanya tinggal janji…kita
lupa pada orang yang bersusuah payah membantu kita,,kita lupa pada keluarga
yang menanggung segalanya bersendirian….kita hanya melihat dan beranggapan ibu
mampu menjalani hidup dengan baiknya….
Namun realitinya walupon ibu tak pernah bersungut,namun di
lubuh hati kecil ibu dia berasakan mana hilangnya anak yang pernah berjanji
manis dahulu,mana anaknya yang pernah menyayanginya sepenuh hati, mana anaknya
yang telah dia berjaya dengan berkat doanya dulu…..??? mana semuanya itu??
Mana-mana?? tapi hati ibu tetap berbisik “biar aku kurang diigati,,namun aku
harap doa ku agar anak-anak ku bahagia sentiasa diterima Allah”…kerana ibu
tahu,doa ibu lebih mulia disisi Allah SWT…
Oleh itu kemana kita pergi,kemana kita tinggal,dengan siapa
kita bercinta,dengan siapa kita hidup,apa yang kita perolehi, apa yang kita
sibukkan….kita sendiri kena sedar sebahagia mana ibu kita,bahagia lagi ibu bila
kita sentiasa ada bersama mereka…
ingatlah wahai anak,surga anda dibawah tapak kaki ibu….bagi
anak perempuan walupon sudah berkahwin ingatlah ibu mertua mu tetap ibu mu
namun jangan dilupa ibu kandungmu….bagi anak lelaki,syurgamu dibawah kaki ibu
bukannya isterimu,namun ibu mertua mu tetap ibumu…jagalah kedua-dua ibumu
seadil mungkin….tanggungjawab anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan pada
ibu adalah penting dari cintamu,pekerjaanmu,kekayaan mu,dan kesibukan
mu…sayanglah ibumu sebelum hati kecilnya terusik dengan sikapmu….
Ingatlah doa ibu paling mustajab
Husna Suhaimi
*12.31 am
*7.2.2013