Ahad, 15 Disember 2013

Membiarkan Lebih Baik :)


Aku perlukan kau sebagaimana Kau perlukan aku
tapi kenapa kita tidak sedar akan semua itu....

kita biarkan semuanya berlalu
kita saling menjaga dalam diam
kita saling merindui
kita saling mengenali
kita saling meluahkan
kita saling meminta pendapat
kita saling merahsiakan
kita saling memerlukan
kita saling menginginkan
namun sebenarnya kita saling takut akan kenyataan dan masa hadapan
akhirnya jawapan yang terbaik adalah

"membiarkan lebih baik dari mengharapkan"


semuanya ketentuan ALLAH SWT


Rabu, 11 Disember 2013

Maaf.....


kadang-kadang hati kental perlu
yup,, ia perlu dikeraskan
agar hati tidak mudah lembut
dan hati tidak mudah terasa
dan diri ini terus menjadi kuat..

Maaf baru sedar
kalau mampu bertahan,,bertahan la..
kalau tak mampu,,maaf sebab menyusahkan...
tapi diri ini masih memerlukan...

disini tempat aku berbicara
disini tempat aku meluahkan segalanya
bukan terasa
tapi tempat untuk muhasabah diri agar tidak berulang perkara yang sama lagi..
lagi sekali MAAF....




Ahad, 24 November 2013

Tak perlu diungkap.....


awak,
saya mula belajar sesuatu
ada perkara yang tak perlu di ungkap....
ada perkara yang tak perlu di tayang....
ada perkara yang tak perlu di hurai....

biar mata membicara
biar hati merindu
biar tangan menaip puitis hati.....

andai hati kita sama, saya akan ada dalam diri awak...
andai tidak, mohon hati saya mampu pergi dengan tenang.
tapi entah kenapa saya rasa awak dekat dengan saya setiap masa.
saya masih tertanya-tanya saya masih ada dalam diri awak kah...

awak,
saya pernah cuba untuk pergi
pernah cuba untuk berlari
pernah cuba untuk tidak melampaui
tapi awak tetap ada disaat saya hampir kecundang..

jangan tanya mengapa saya masih disitu
masih menunggu
masih tak lari
sebab bagi saya semakin lari semakin dekat,
masalah tak perlu ditinggalkan,
hadapi dan jalani kerana itu sebahagian dari pengalaman.

awak,,
maaf andai awak marah saya tidak lari,
maaf andai awak marah saya tidak pergi,
sebab hati saya kata awak tetap disisi,
biar tiada yang tahu,
biar tiada yang ambil peduli,
saya masih ada untuk awak...

mereka mula bertanya siapa awak di hati saya
jawapannya doakan yang terbaik untuk saya..

#terpuitis di malam hari





Sabtu, 26 Oktober 2013

hanya aku


entah kenapa hati sukar menerima
semakin jauh semakin rindu
semakin dekat semakin sakit
semakin menjarakkan semakin nampak kebenaran
semakin hampir semakin terluka
semakin melupakan semakin wujud dalam ingatan.......

lebih baik aku berdiam
lebih baik aku menjarakkan
lebih baik aku meninggalkan
lebih baik aku pergi 
aku terlampau menjaga hati
aku terlampau sayang hati ini
mohon jangan buat aku terlampau terluka
sebab aku takut semakin dalam semakin susah untuk sembuh...

maaf bukan menyalahkan
hanya ingin meluahkan isi hati
hanya sini tempat aku mampu luahkan semuanya
sebab tak akan ada yang membacanya
 :)

Khamis, 17 Oktober 2013

masih kah ada???


di dunia ini aku terfikir
masih adakah rasa yang ikhlas merasai
masih adakah sayang yang iklas menyayangi
masih adakah hati yang ikhlas memberi

dalam hubungan ada yang kata
"biarkan saja..."
"setialah bersama"
"jagalah dia..."
"kawal lah dia...."
"sayang lah dia...."

tapi itu semua kata mereka
lain orang lain cerita hidupnya
andai dia tidak mahu dia akan tinggalkan kita tanpa alasan

ingatlah hati...
tiada hubungan yang serius dalam hidup ini
jika dia tidak ambil serius dalam hubungan bermaksud dia hanya ingin mencuba
mencuba tanpa berhajat mengambilnya

sudah lah wahai hati...
berhentilah mengharap
berhentilah menanti
berhentilah menunggu
berhentilah.....
usah berputar roda kesalahan
usah memusing kipas kehidupan
matikanlah segalanya.....

wahai jiwa...berhentilah dekat dengan hati....
moga diri ini mampu berhenti....
untuk terus berhenti....

Rabu, 9 Oktober 2013

amaran keras



AMARAN KERAS : Diminta adik2ku & anak2ku yg disayangi semua dalam ACCTI supaya tidak membuat video untuk makwe & pakwe sambil menyanyi sumbang macam kera kena belacan. Ataupun ucapan kasih sayang yg diupload sempena ulangtahun cinta monyet yg baru seminggu couple contohnya. 

Perbuatan seperti itu abang edy @pak long akan balas dengan mencampak hangpa ke dalam kolam ikan keli Tok Pit supaya membiak menjadi ikan keli dan nanti kami akan panggang jadi ikan keli bakar cicah ayaq asam.

Hangpa adalah generasi ACCTI, untuk kami lihat kejayaan hangpa di masa depan dalam apa jua bidang yang terbaik. Bukan sahaja akademik tapi kelakuan & akhlak hangpa semua. Kejayaan pulak bukan untuk di angkuhkan, tapi untuk keperluan kehidupan dan membalas penat lelah ibubapa dan keluarga. Kejayaan tak semestinya dalam akademik, tapi dalam semua bidang lain.

Zaman makin jahat, hgpa yg perlu kuat. Ingat mak bapak. ingat TOK @ abang @ kakak @ adik @ sepupu2 dll.

Berendah diri dan berkeyakinanlah. Buang hasad dengki dan iri hati. Tolong sesama tolong antara semua terutamanya keluarga ACCTI. Ini keluarga kita, jgn cemarkan dengan perkara yg bole menconteng arang di facebook.

Berjanjilah dalam diri. Allah tak suka org mungkir janji. Ingatlah.

***Kolam ikan keli tu tgh kosong la ni. Jgn buat pasai tau.




ni pesanan keras berunsur akta perperangan Suhaidi @ abg aku @ paklong anak2 buah aku...
kalu sapa berani buat meh ar try...
ni semua tercetus apabila dy tgok video2 budak bru up bercinta kt fb tu ar...hahah
last2 dy post kt group fmily kitorg...
seyes aku baca gelak tergolek2 atas katil...
amaran keras tol la hahaha

k bye...

Isnin, 15 Julai 2013

realitinya itu hanya fantasi


realiti sebenarnya tidak sama langsung dengan fantasi....ye manusia x akan lekang dengan fantasinya..tapi realitinya kita x kan dapat capai fantasi tu..

ini fantasi aku...dulu aku selalu berfantasi....
berfantasi pasal kau,,bahagia dengan kau...fantasi kau sayang aku macam aku sayang kau....
tapi aku mula sedar itu hanya fantasi...
ye aku yang lepaskan kau...dulu aku janji akan pertahan kan kau kalu kau dah tawar hati kat aku....tapii....i2 dulu..sekuat mana aku pertahankan ia tak  mampu buatkan kau percaya aku betol2 sayang kau

kadang2 aku teringin jadi wanita normal yang mampu gembila bila bahagia.
wanita yang menangis bila sedih,
wanita yang merajuk bila dipinggirkan,
wanita yang terasa hati bila di lupakan,
wanita yang mampu pertahankan sayang dia pada orang yang dia sayang,
wanita yang xkan sewenang2nya melepaskan orang yang dia sayang....
tapi aku x mampu

betol kata orang carilah yang mencintai kita..bukan yang kita cintai dia.sebabnya cinta dia pada kita mungkin hanya simpati. aku hormat keputusan kau..
aku x sempurna...dan x mungkin sempurna.......
maaf aku x mampu jaga hati kau

soryy...

Rabu, 29 Mei 2013

Be Mine - Tasha Manshahar & Syed Shamim


Bermula di Facebook
Kau tegur ku dulu tak tahu malu
Tak kuasa nak layan
Aku buat tak tahu
Kau terus cuba dan mencuba
Sehingga ku jatuh cinta
Gatalnya dirimu
Membuatku terjatuh

Bila kita mula mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang
Sikit sikit aku merajuk
Kau selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
Ku cuma nak uji saja

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada ku gembira
Kadang kala sedih juga
Kau sudah berpunya
Tak mungkin jadi milikku selamanya


Jumaat, 24 Mei 2013

Kehilangan...Kemaafan...

saat ini terasa diri sangat lemah walaupon tiada yang mengetahui
hati terasa pedih dan lemah

mana hilangnya kekuatan mu yana,
mana hilangnya ketabahan mu yana,
mana hilangnya kesabaran mu yana,
mana hilangnya hati mu yana,
mana hilangnya semua itu.......

orang cakap kehilangan itu tiada apa-apa makna pada aku
orang cakap aku kuat menghadapinya
orang cakap aku tabah mengharunginya
tapi tiada siapa tahu
aku masih lemah kehilangan semuanya..

saat ini aku memohon kembali kekuatan aku
saat ini aku meraih kembali ketabahan ku
saat ini juga aku belajar mencari kesabaran ku
saat ini juga aku melakukan semua ini hanya untuk mendapatkan kembali hatiku yang hilang itu

maaf, berikan masa untuk aku kembali seperti sedia kala
maaf, berikalah aku peluang untuk sedar diri siapakah aku
maaf, berikan peluang untuk aku melupakan segalanya
maaf...maaf...maaf....maaf

saat ini aku memohan aku masih mempunyai masa dan peluang untuk meraih kembali apa yang aku hilang....

maaf aku hanya perlukan masa~~

*terima kasih untuk segalanya
aku tetap sayang.....




Khamis, 4 April 2013

roda yang berhenti berpusing


hidup ini umpama roda...
kadang-kadang tanpa kita sedar kita telah terlajak berpusing ke arah yang tidak sepatutnya
kadang-kadang tanpa kita sedari kita berputar ke arah yang berbeza
kita sedar kesalahan itu namun kita masih berputar tanpa henti..

disaat roda berputar ke arah yang betul akan ada yang tersalah laluan kembali masuk ke laluan yang salah..
namun bila kita sedar kita sudah terlambat untuk berpatah balik
walau kita pusing kebelakang namun perkara yang sama tetap akan berlaku

hati belajarlah meneruma hakikat realiti hidup
x semua yang kita mahu kita akan perolehi
sedarlah jiwa x semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan
sedarlah hati x semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita

terimalah realiti hidup semut tetap semut,
sebesar mana semut jika dipijak oleh kucing tetap mati
pandang diri sesedar yang boleh
belajarlah untuk  menerima hakikat
kembali untuk menjadi roda yang rosak supaya ia tidak mampu berpusing mengulangi kesalahan yang sama
tidak perlu menanti,merayu,memohon,menagih dan meminta
pandang diri sebelum menoleh pada orang lain

saat ini, diri ini berikrar merosakkan roda ini agar ia tidak mampu berpusing lagi...




Khamis, 14 Mac 2013

maaf kan diri ini


diri ini......

semakin banyak dugaan hidup semakin dewasa diri ini...disaat kehilang orang yang terpenting dalam hidup, diri ini telah berubah menjadi dewasa tanpa sedar...

diri ini juga sudah pandai berdikari tanpa meminta bantuan orang lain...diri ini juga belajar untuk tidak meminta simpati...diri ini juga belajar untuk tidak menyusahkan orang lain...diri  ini juga belajar menjadi diri sendiri.....

namun realitinya diri ini sangat naif.diri ini sukar untuk bangun....namun kini diri ini berjaya bangun dengan sendirinya....tolong jangan jatuhkan kembali diri ini.......diri ini sangat tak terdaya.....

diri ini memerlukan bimbingan...namun diri ini tahu satu hari nanti pasti Allah akan menghantar seseorang yang akan membantu diri ini untuk terus berdiri tanpa keseorangan...

biar kini orang kata apa pon...andai diri ini masih mampu bertahan,,akan diri ini terus bertahan sampai hujung nyawa....kerana diri ini sedar semua dugaan dan halangan akan ada hikmahnya kelak...

percaya dengan ujian ALLAH SWT

maaf kalau diri ini menyusahkan......

maaf kalau diri ini merimaskan.........



maafkan diri ini 


14/3/2013
1:32 am




Isnin, 11 Februari 2013

mAtA ^_^


Mata merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya…Mata ibarat nyawa bagi diri…pandangan mata amat beharga dan memberi kebaikan pada diri kita…

Namun mata juga mampu membawa kita kearah keburukan..Oleh tu jadikanlah mata sebagai benda yang amat berharga pada diri kita

Jangan jadikan pandangan mata seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang buruk…ia ibarat pandangan yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain…

Jadilah pandangan mata seperti mata lebah yang hanya memandang wangian dan keindahan….ia ibarat pandangan mata yang hanya memandang kebaikan orang lain sehingga melupakan keburukan orang lain…

Jadikan diri kita seorang yang memandang kebaikan orang lain dan keburukan orang lain hanya dijadikan pedoman hidup bukannya digunakan sebagai bahan umpatan…

Sebelum kita memandang keburukan orang lain,,kita perlu memandang keburukan diri sendiri…pandang cermin,pandang diri…..berubahlah kearah yang lebih positif dalam kehidupan harian..


12.51 pm
8.2.2013

HATI KECIL IBU



hati kecil ibu….

Pernah terpikirkah kita waktu kecik ibu lah yang kita sayang,ibulah yang kita hormati, ibulah yang kita dahului dan ibu lah yang terpenting…

Waktu kecil dulu ibulah yang sentiasa memikirkan segala keperluan dan susun atur kehidupan harian kita dari pagi sampai malam... kenakalan kita sentiasa diterima dengan hati terbuka oleh ibu…senakal-nakal anak ibu tetap sayang..namun……………….

Semakin meningkat dewasa kasih sayang ibu telah berbelah bagi….tanpa kita sedari kini kita lebih pentingkan kemewahan,cinta dan kesibukan harian tanpa memikirkan keselesaan hidup ibu kita…pernahkah kita memikirkan kesunyian ibu kita???

Semakin dewasa kita merasakan ibu kita mampu untuk menguruskan kehidupan tanpa bantuan kita…iya memang betul ibu mampu uruskan semuanya sendirian tapi tak sedarkah kita selama ini ibulah tempat kita memohon pertolongan disaat takut akan ayah,,ibulah tempat kita memohon kasih sayang,,ibulah tempat kita meluahkan persaan…tak sedarkah kita walaupon ibu ada ayah,namun ibu tetap sunyi mengenangkan anak-anaknya yang tiada disisi…

Namun kini disaat kita dewasa mampu untuk berdikari kita lupa segala janji untuk berbakti kepada ibu bapa…dulu di depan ibu kita berjanji akan jaga ibu,kita berjanji akan membawa ibu ke merata dunia,,kita berjanji akan memberi kesenangan pada ibu….kini??? segalanya tinggal janji…kita lupa pada orang yang bersusuah payah membantu kita,,kita lupa pada keluarga yang menanggung segalanya bersendirian….kita hanya melihat dan beranggapan ibu mampu menjalani hidup dengan baiknya….

Namun realitinya walupon ibu tak pernah bersungut,namun di lubuh hati kecil ibu dia berasakan mana hilangnya anak yang pernah berjanji manis dahulu,mana anaknya yang pernah menyayanginya sepenuh hati, mana anaknya yang telah dia berjaya dengan berkat doanya dulu…..??? mana semuanya itu?? Mana-mana?? tapi hati ibu tetap berbisik “biar aku kurang diigati,,namun aku harap doa ku agar anak-anak ku bahagia sentiasa diterima Allah”…kerana ibu tahu,doa ibu lebih mulia disisi Allah SWT…

Oleh itu kemana kita pergi,kemana kita tinggal,dengan siapa kita bercinta,dengan siapa kita hidup,apa yang kita perolehi, apa yang kita sibukkan….kita sendiri kena sedar sebahagia mana ibu kita,bahagia lagi ibu bila kita sentiasa ada bersama mereka…

ingatlah wahai anak,surga anda dibawah tapak kaki ibu….bagi anak perempuan walupon sudah berkahwin ingatlah ibu mertua mu tetap ibu mu namun jangan dilupa ibu kandungmu….bagi anak lelaki,syurgamu dibawah kaki ibu bukannya isterimu,namun ibu mertua mu tetap ibumu…jagalah kedua-dua ibumu seadil mungkin….tanggungjawab anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan pada ibu adalah penting dari cintamu,pekerjaanmu,kekayaan mu,dan kesibukan mu…sayanglah ibumu sebelum hati kecilnya terusik dengan sikapmu….

Ingatlah doa ibu paling mustajab

Husna Suhaimi 
*12.31 am
*7.2.2013


Selasa, 8 Januari 2013

mulut dan hati sukar untuk disatukan~~



Kadang kadang tanpa kita sedari orang yang kita sangat benci akan menjadi sebahagian yang terpenting dalam hidup
Dan kadang-kadang orang yang sangat kita sayang sebenarnya hanya watak sampingan dalam hidup kita..
Mulut kata lain,,
Hati kata lain...

Mulut dan hati sukar untuk disatukan disaat berbicara tentang perasaan

Andai pandangan pertama aku mmbenci akhirnya aku akan suka
Andai pandangan pertama aku suka,akhirnya aku kan benci

**maaf hanya mulut yang berkata begitu,namun hati...

:
:
:
:
:
:
:
:
:

ohh DOMO 
aku sayang kau 


^_^







Ahad, 6 Januari 2013

^_^




"Kadang-kadang orang yang tak tunjuk dia sayangkan seseorang, sebenarnya dia lebih menyayangi seseorang lebih dari orang lain."

(ayat ayu kat twitter)

Rabu, 2 Januari 2013

1 day final exam at UPSI ^_^



Fight Laziness, Let's Study!

~ mOOd exam ~

1 day final exam at UPSI...

doakan gua **ketaq lutut wey