Ahad, 7 Disember 2014

Hati bertahanlah...

ada satu masa kita mula sedar
ada satu masa kita mula terfikir
ada satu masa kita mula menyerah
ada satu masa kita mula kuatkan diri

realitinya ada satu masa aku sedar
pada siapa aku harus percaya
pada siapa aku harus bercerita
pada siapa aku harus berkongsi cerita
semua ada motif tersendiri

niat aku ingin berkongsi masalah disalah anggap
niat aku untuk berkongsi kegembiraan dianggap gatal
niat aku untuk memulakan penceritaan tidak dilayan
pada siapa aku harus menyatakan

aku sentiasa menjadi pendengar segalanya mereka
mereka mula sedih mencari aku
mereka mula marah mencari aku
mereka mula memerlukan pandangan mencari aku
namun saat mereka bergembira terus melupakan aku

sedih??? yup aku sedih...
tapi aku tetap gembira
saat mereka mula jatuh mereka masih memikirkan aku
saat mereka hampir tersunggkur aku ada memberi nasihat
mereka masih mencari aku walaupon dalam keadaan seperti itu

biasa la manusia tidak akan ada yang sempurna

kini aku susah untuk bercerita
cerita susah senang bersama
cerita pahit getir hidup
cerita kegembiraan aku
cerita keterasaan hati aku

sebab makin lama makin tiada orang yang aku percaya
bukan aku bergaduh
bukan aku benci
tetapi aku tahu orang xakan mahu dengar masalah remeh aku

semua yang aku cerita dianggap remeh
semua yang aku luahkan dikatakan ego
semua yang aku bincangkan semua salah aku
akhirnya semua cerita akan dihebohkan
akhirnya hati AKU yang akan terluka

mungkin tiada siapa akan baca dan percaya coretan aku ini
tapi semua yang tercoret semua dari lubuk hati aku ini
betapa sakit setiap hari menahan rasa
betapa sakit setiap hari menahan duga,derita, gembira
hanya mampu membisu tanpa kata...

hati bertahanlah...biar kita rasa bersama :')



Rabu, 19 November 2014

bertahanlah...ini corak kehidupan kita


rasa itu ibarat pisau memanah hati
kita tidak memilih
namun kita sebenarnya dipilih

semakin lama semakin kita rasa tanggungjawab
semakin lama semakin kita rasa amanah

andai diri tidak mampu dibimbing,
adakah diri mampu membimbing
membimbing genarasi akan datang
semuanya terletak pada kita

diri semakin terasa lemah
diri semakin rasa susah
diri semakin rasa pedih

tapi sedarlah
bertahanlah
kuatlah
kerana kita dipilih ada sebabnya
kerana kita dipilih ada tujuannya
kerana kita dipilih ada bakatnya

sinarnya akan menjema
menjelma saat kita mula sedar
apa yang dilalui semuanya atas dasar Allah SWT
Allah SWT yang memberi laluan
kita yang kan pilih laluan yang cantik atau berlopak...

sabarlah hati
sabarlah sahabat
sabarlah sayang
amanah kita sebagai bakal guru
ibarat amanah ibubapa generasi akan datang
bertahanlah ....


Sabtu, 25 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436H


Salam Maal Hijrah 1436H

harapan aku tahun baru ini,bermula detik ini, aku akan berusaha untuk tidak 

- MENGUMPAT 

- JANGAN sibuk ambil tahu hal buruk orang lain...

- SABAR 

mohon berubah la wahai diri...

bismillahhiahmanirohim InsyaAllah :")



Rabu, 15 Oktober 2014

bekukan hati :)


kadang -kadang aku bekukan hati untuk lafaskan kata rindu
sebab aku tahu membekukan hati lebih baik

hati kata rindu
rindu sangat umpama terasa ingin mengalir air mata
ntah kenapa, jangan ditanya

usah digangu air yang jernih
kerana bila ombak merubah pantai
air yang jernih kembali keroh..

jangan digangu hati yang tidak tahu,
kerana akan merubah emosi hati yang rindu...

rupanya sakit bila terlampau rindu...
xsuka rindu macam ni...

wahai hati sila bekukan hati :')






Rabu, 1 Oktober 2014

iya itu aku


bila rasa tanpa perasaan
bila melihat tanpa mata
bila menulis tanpa tangan
bila bercakap tanpa berfikir
iya itu aku

aku yang selalu berfikir tanpa memandang jauh
hanya tahu memberi pandangan tanpa memikirkan orang lain
hanya tahu bercakap lepas tanpa memandang orang lain
ye itu aku

aku yang sering hidup mewah tanpa kesusahan
aku yang hidup senang dalam kebiasaan
aku yang sukar merasai kesusahan dalam hidup orang
iya itu aku

aku yang suka bercakap tapi tak pernah melakukan
aku yang suka memberi pandangan tapi tak pernah laksanakan
aku yang suka memikir keseronokan tanpa memikirkan kesusahan orang lain
iya itu aku

andai aku menyusahkan
maaf yang mampu dihulur
andai aku merimaskan
maaf yang mampu dipinta

hanya satu kata
MAAF ANDAI HATI TERASA ATAS SEGALANYA...

**belajar untuk senyap dan terima seadanya




Isnin, 22 September 2014

Maaf :(


kadang-kadang mulut tak maksudkan hati
serius aku hargai
serius aku terasa nak nangis dapat something mcm tu
sebab aku tau kau terlalu tinggi untuk aku gapai
sebab aku x mengharapkan semua itu

ye mulut aku selalu meminta
meminta itu ini
mengungkit itu ini
tapi aku minta sekadar dasar bermanja
dengan cara itu aku boleh dengar kau berceloteh panjang
dengan cara tersebut aku kenal kembali kau yg dulu
kau yang x pernah henti2 membuat aku tersenyum dengan menyakat aku
rindu kau yang suka sakat aku

pasal hadiah tu serius aku x duga kau sebegitu romentik
aku x mampu nak puji depan2
sebab selama ni bila aku mula memuji kau mula menjauh
aku mula takot andai kau menjauh
tak aku sangka dengan sebab itu kau terasa
terasa aku tak menghargai..

sebenarnya aku sangat hargai
andai mampu aku ucapkan pada semua aku luahkan
andai mampu aku tunjukkan pada semua aku tayangkan
seumur hidup aku tiada orang yang aku sayang aku bagi something macam tu


aku mula takut untuk berkata manja
sebab aku takut kau pergi macam dahulu

hadiah tu aku sayang sampai sekarang aku tak habis makan
semua benda aku simpan
kertas hadiah masih tersimpan rapi
semua sebab aku hargai

maaf andai kau terasa
maaf andai aku melukakan
serius maaf.....








Khamis, 21 Ogos 2014

sepi tanpa kata :')


aku menulis untuk hilangkan marah
aku menulis untuk hilangkan tekanan
aku menulis untuk meluahkan
aku menulis kerana aku tak mampu untuk menyatakan

saat kau tanya aku APA? KENAPA? MENGAPA?
aku tiada jawpannya
mulut ingin meluahkan
hati kata lafaskan
namun mulut aku masih terkunci

walau aku petah berkata-kata
namun dengan kau aku terkaku tanpa kata

pendam lebih baik
sebab aku tiada jawapan mengapa

betol kata orang jangan terlalu berasa ada dalam zon selesa
andai masih belum mempunyai tiketnya
sebab realitinya kita masih di tahap berbahaya

aku masih disini
sepi tanpa kata
menunggu jawapan bila akhinya :')



Khamis, 19 Jun 2014

lafaskan kata rindu dan sayang







rindu
bila dah tiada baru terasa rindu dan sayang
lafaskan sayang 
jangan diam
moga sempat tanpa penyesalan
rindu semakin rindu
ye aku sayang...
kehilangan makin terasa
tiada kata hanya doa
doa semoga tenang disana
akak sayang kedua-duanya

Al-Fatihah



Khamis, 12 Jun 2014

Thanks...




9 JUN 2014...

thanks sebab bagi kenangan manis sangat
thanks sebab melayan aku
thanks sebab berani ajak aku
thanks sebab dah berani untuk tidak berahsia
thanks sebab kau usaha untuk capaikan impian aku
thanks sebab bagi aku happy seharian tu
thanks sebab kau tetap sayang aku
seriously thanks sangat atas kenangan semalam..
tak tau nak ucap macam mana...seriously terharu..
walaupon dah nak balik baru sedar gambar kita berdua xdak satu pon, tapi aku tetap akan simpan dalam kenangan...*sila terharu....





kadang-kadang bahagia datang...
kadang-kadang dalam bahagia akan wujud derita...
lalui lah dengan sebaiknya..
semoga aku mampu bertahan....
semoga aku tak cepat mengalah....
seriously kali ni aku betul-betul sayang..









Isnin, 19 Mei 2014

Setahun...


setahun...ye setahun hampir berlalu
setahun dahulu lain kisahnya
sedar tak sedar setahun kita melalui segalanya
secara normal
secara sederhana
secara rahsia
secara biasa
dulu mungkin ada rahsia,
sekarang kita biarkan sahaja,
biarkan segalanya berjalan dengan sendirinya
tanpa halangan
tanpa paksaan
tanpa rahsia
kita belajar meluahkan walaupun secara senyap
setahun aku mula kenal kau
setahun aku mula faham perangai kau
setahun aku mula faham reaksi kau
setahun aku mula belajar baca isi hati kau
tapi aku tahu setahun tak akan pernah cukup untuk semua itu
ada jodoh setahun akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang
kalau tiada jodoh aku tetap bahagia mula mengenali kau..

Selasa, 7 Januari 2014

mengumpat...InsyaALLAH akan diusahakan untuk dikurangkan :)

Pernah buat tak camni? 

Bila keluar makan/minum atau tengah pegang gelas berisi air, tiba-tiba ada rasa tak puas hati kat sesiapa, then 'ter'mengumpat depan air tu, atau marah2 depan air, pendek kata cakap benda2 negatif la depan air tu. Pernah buat x? Tau tak sebenarnya air tu 'perakam' yang terbaik? Ia akan 'rakam' semua yang ada depannya. Sebab tu kalau perasan, orang selalu baca Yassin depan air, sebab nak 'rakam' vibration2 dan energy2 positif dari Al Quran itu. Air kan akan 'bersatu' dalam badan kita. Ce bayangkan anda sedap ngumpat2, dan marah2 (energy negatif) depan air,lepastu minum pulak air yang di'rakam' dengan aura negatif tu? Ahha, sebab tu kadang2 kita cepat emo, susah nak terima ilmu, payah nak berubah yang lebih baik, sebab kita dah 'rakam' benda2 negatif dan masukkan dalam badan kita. Wallahualam.


Surah Al-Fatihah dapat Memadam kemurkaan Allah SWT.

💮 Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 
💮 Surah Dukhan dpt membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 

💮 Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 

💮 Surah Al-Mulk dpt meringankan azab di dalam kubur. 

💮 Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. 

💮 Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 

💮 Surah Al-Ikhlas dpt melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 

💮 Surah Al-Falq dpt menghapuskan perasaan hasad dengki. 

💮 Surah An-Nas dpt melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. 

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana dikatakan juga:- 
💮 Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... 
💮 Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. 
💮 Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. 
💮 Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. 
💮 Ketika anda amalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan amalkannya agar syaitan terus stroke. 

sebenarnya aku selalu buat...mulut aku x penah henti-henti mengumpat, tak puas hati, maki-maki n macam-macam lagi la...depan makanan pon aku selalu ja bukak isu berbangkit macam ni...terukkan aku...makin lama makin jadi dendam dalam diri...mohon azam tahun baru ini aku dapat kurangkan dan tidak mengulangi kesalahan yang sama...serius malu dengan diri sendiri..