Isnin, 19 Mei 2014

Setahun...


setahun...ye setahun hampir berlalu
setahun dahulu lain kisahnya
sedar tak sedar setahun kita melalui segalanya
secara normal
secara sederhana
secara rahsia
secara biasa
dulu mungkin ada rahsia,
sekarang kita biarkan sahaja,
biarkan segalanya berjalan dengan sendirinya
tanpa halangan
tanpa paksaan
tanpa rahsia
kita belajar meluahkan walaupun secara senyap
setahun aku mula kenal kau
setahun aku mula faham perangai kau
setahun aku mula faham reaksi kau
setahun aku mula belajar baca isi hati kau
tapi aku tahu setahun tak akan pernah cukup untuk semua itu
ada jodoh setahun akan berterusan untuk tahun-tahun akan datang
kalau tiada jodoh aku tetap bahagia mula mengenali kau..

Tiada ulasan: