Ahad, 7 Disember 2014

Hati bertahanlah...

ada satu masa kita mula sedar
ada satu masa kita mula terfikir
ada satu masa kita mula menyerah
ada satu masa kita mula kuatkan diri

realitinya ada satu masa aku sedar
pada siapa aku harus percaya
pada siapa aku harus bercerita
pada siapa aku harus berkongsi cerita
semua ada motif tersendiri

niat aku ingin berkongsi masalah disalah anggap
niat aku untuk berkongsi kegembiraan dianggap gatal
niat aku untuk memulakan penceritaan tidak dilayan
pada siapa aku harus menyatakan

aku sentiasa menjadi pendengar segalanya mereka
mereka mula sedih mencari aku
mereka mula marah mencari aku
mereka mula memerlukan pandangan mencari aku
namun saat mereka bergembira terus melupakan aku

sedih??? yup aku sedih...
tapi aku tetap gembira
saat mereka mula jatuh mereka masih memikirkan aku
saat mereka hampir tersunggkur aku ada memberi nasihat
mereka masih mencari aku walaupon dalam keadaan seperti itu

biasa la manusia tidak akan ada yang sempurna

kini aku susah untuk bercerita
cerita susah senang bersama
cerita pahit getir hidup
cerita kegembiraan aku
cerita keterasaan hati aku

sebab makin lama makin tiada orang yang aku percaya
bukan aku bergaduh
bukan aku benci
tetapi aku tahu orang xakan mahu dengar masalah remeh aku

semua yang aku cerita dianggap remeh
semua yang aku luahkan dikatakan ego
semua yang aku bincangkan semua salah aku
akhirnya semua cerita akan dihebohkan
akhirnya hati AKU yang akan terluka

mungkin tiada siapa akan baca dan percaya coretan aku ini
tapi semua yang tercoret semua dari lubuk hati aku ini
betapa sakit setiap hari menahan rasa
betapa sakit setiap hari menahan duga,derita, gembira
hanya mampu membisu tanpa kata...

hati bertahanlah...biar kita rasa bersama :')



Tiada ulasan: