Ahad, 24 November 2013

Tak perlu diungkap.....


awak,
saya mula belajar sesuatu
ada perkara yang tak perlu di ungkap....
ada perkara yang tak perlu di tayang....
ada perkara yang tak perlu di hurai....

biar mata membicara
biar hati merindu
biar tangan menaip puitis hati.....

andai hati kita sama, saya akan ada dalam diri awak...
andai tidak, mohon hati saya mampu pergi dengan tenang.
tapi entah kenapa saya rasa awak dekat dengan saya setiap masa.
saya masih tertanya-tanya saya masih ada dalam diri awak kah...

awak,
saya pernah cuba untuk pergi
pernah cuba untuk berlari
pernah cuba untuk tidak melampaui
tapi awak tetap ada disaat saya hampir kecundang..

jangan tanya mengapa saya masih disitu
masih menunggu
masih tak lari
sebab bagi saya semakin lari semakin dekat,
masalah tak perlu ditinggalkan,
hadapi dan jalani kerana itu sebahagian dari pengalaman.

awak,,
maaf andai awak marah saya tidak lari,
maaf andai awak marah saya tidak pergi,
sebab hati saya kata awak tetap disisi,
biar tiada yang tahu,
biar tiada yang ambil peduli,
saya masih ada untuk awak...

mereka mula bertanya siapa awak di hati saya
jawapannya doakan yang terbaik untuk saya..

#terpuitis di malam hari





Tiada ulasan: