Khamis, 16 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum

sedar tak sedar dah 27 ramadhan dah malam ni...kira dah 26 hari dah kita semua berpuasa...dan hanya tinggal 3 hari lagi kita hendak meninggalkan bulan Ramadhan yang tercinta ini...
bulan ramadhan yang kita tidak tahu adakah masih akan kita temui pada tahun yang akan datang atau ini adalah tahun terakhir kita berpuasa di bumi Allah ni..
masihkah ada kesempatan kita bertemu lagi wahai bulan Ramadhan..
tanyalah pada diri kita cukupkah segala amaln ibadat kita tahun ni yang kita perolehi,yang kita kejar di bulan yang penuh mulia ini...
aku sedar aku banyak lalai mengejar amalan di bulan puasa pada tahun ini..
harap aku masih berkesempatan bertemu mu tahun hadapan wahai Ramadhan.

saat ini hati berasa banyak sangat salahku pada Allah dan manusia...
keterlanjuran kata dan hati menyebabkan pelbagai dosa telah aku lakukan
aku harap masih ada lagi peluang untukku memohon maaf atas segala kesilapan diri selama ni


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


| saya bukan pelukis yang berjaya |

**post entry awal sbb esok nak blik kampung dah...

Ikhlas Dari Lubuk Hati Yang Suci

Tiada ulasan: