Isnin, 11 Februari 2013

mAtA ^_^


Mata merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya…Mata ibarat nyawa bagi diri…pandangan mata amat beharga dan memberi kebaikan pada diri kita…

Namun mata juga mampu membawa kita kearah keburukan..Oleh tu jadikanlah mata sebagai benda yang amat berharga pada diri kita

Jangan jadikan pandangan mata seperti mata lalat yang hanya mencari sesuatu yang buruk…ia ibarat pandangan yang hanya melihat keburukan dan kesalahan orang lain…

Jadilah pandangan mata seperti mata lebah yang hanya memandang wangian dan keindahan….ia ibarat pandangan mata yang hanya memandang kebaikan orang lain sehingga melupakan keburukan orang lain…

Jadikan diri kita seorang yang memandang kebaikan orang lain dan keburukan orang lain hanya dijadikan pedoman hidup bukannya digunakan sebagai bahan umpatan…

Sebelum kita memandang keburukan orang lain,,kita perlu memandang keburukan diri sendiri…pandang cermin,pandang diri…..berubahlah kearah yang lebih positif dalam kehidupan harian..


12.51 pm
8.2.2013

HATI KECIL IBU



hati kecil ibu….

Pernah terpikirkah kita waktu kecik ibu lah yang kita sayang,ibulah yang kita hormati, ibulah yang kita dahului dan ibu lah yang terpenting…

Waktu kecil dulu ibulah yang sentiasa memikirkan segala keperluan dan susun atur kehidupan harian kita dari pagi sampai malam... kenakalan kita sentiasa diterima dengan hati terbuka oleh ibu…senakal-nakal anak ibu tetap sayang..namun……………….

Semakin meningkat dewasa kasih sayang ibu telah berbelah bagi….tanpa kita sedari kini kita lebih pentingkan kemewahan,cinta dan kesibukan harian tanpa memikirkan keselesaan hidup ibu kita…pernahkah kita memikirkan kesunyian ibu kita???

Semakin dewasa kita merasakan ibu kita mampu untuk menguruskan kehidupan tanpa bantuan kita…iya memang betul ibu mampu uruskan semuanya sendirian tapi tak sedarkah kita selama ini ibulah tempat kita memohon pertolongan disaat takut akan ayah,,ibulah tempat kita memohon kasih sayang,,ibulah tempat kita meluahkan persaan…tak sedarkah kita walaupon ibu ada ayah,namun ibu tetap sunyi mengenangkan anak-anaknya yang tiada disisi…

Namun kini disaat kita dewasa mampu untuk berdikari kita lupa segala janji untuk berbakti kepada ibu bapa…dulu di depan ibu kita berjanji akan jaga ibu,kita berjanji akan membawa ibu ke merata dunia,,kita berjanji akan memberi kesenangan pada ibu….kini??? segalanya tinggal janji…kita lupa pada orang yang bersusuah payah membantu kita,,kita lupa pada keluarga yang menanggung segalanya bersendirian….kita hanya melihat dan beranggapan ibu mampu menjalani hidup dengan baiknya….

Namun realitinya walupon ibu tak pernah bersungut,namun di lubuh hati kecil ibu dia berasakan mana hilangnya anak yang pernah berjanji manis dahulu,mana anaknya yang pernah menyayanginya sepenuh hati, mana anaknya yang telah dia berjaya dengan berkat doanya dulu…..??? mana semuanya itu?? Mana-mana?? tapi hati ibu tetap berbisik “biar aku kurang diigati,,namun aku harap doa ku agar anak-anak ku bahagia sentiasa diterima Allah”…kerana ibu tahu,doa ibu lebih mulia disisi Allah SWT…

Oleh itu kemana kita pergi,kemana kita tinggal,dengan siapa kita bercinta,dengan siapa kita hidup,apa yang kita perolehi, apa yang kita sibukkan….kita sendiri kena sedar sebahagia mana ibu kita,bahagia lagi ibu bila kita sentiasa ada bersama mereka…

ingatlah wahai anak,surga anda dibawah tapak kaki ibu….bagi anak perempuan walupon sudah berkahwin ingatlah ibu mertua mu tetap ibu mu namun jangan dilupa ibu kandungmu….bagi anak lelaki,syurgamu dibawah kaki ibu bukannya isterimu,namun ibu mertua mu tetap ibumu…jagalah kedua-dua ibumu seadil mungkin….tanggungjawab anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan pada ibu adalah penting dari cintamu,pekerjaanmu,kekayaan mu,dan kesibukan mu…sayanglah ibumu sebelum hati kecilnya terusik dengan sikapmu….

Ingatlah doa ibu paling mustajab

Husna Suhaimi 
*12.31 am
*7.2.2013