Rabu, 19 November 2014
bertahanlah...ini corak kehidupan kita
rasa itu ibarat pisau memanah hati
kita tidak memilih
namun kita sebenarnya dipilih
semakin lama semakin kita rasa tanggungjawab
semakin lama semakin kita rasa amanah
andai diri tidak mampu dibimbing,
adakah diri mampu membimbing
membimbing genarasi akan datang
semuanya terletak pada kita
diri semakin terasa lemah
diri semakin rasa susah
diri semakin rasa pedih
tapi sedarlah
bertahanlah
kuatlah
kerana kita dipilih ada sebabnya
kerana kita dipilih ada tujuannya
kerana kita dipilih ada bakatnya
sinarnya akan menjema
menjelma saat kita mula sedar
apa yang dilalui semuanya atas dasar Allah SWT
Allah SWT yang memberi laluan
kita yang kan pilih laluan yang cantik atau berlopak...
sabarlah hati
sabarlah sahabat
sabarlah sayang
amanah kita sebagai bakal guru
ibarat amanah ibubapa generasi akan datang
bertahanlah ....
Langgan:
Catatan (Atom)