Sabtu, 26 Oktober 2013

hanya aku


entah kenapa hati sukar menerima
semakin jauh semakin rindu
semakin dekat semakin sakit
semakin menjarakkan semakin nampak kebenaran
semakin hampir semakin terluka
semakin melupakan semakin wujud dalam ingatan.......

lebih baik aku berdiam
lebih baik aku menjarakkan
lebih baik aku meninggalkan
lebih baik aku pergi 
aku terlampau menjaga hati
aku terlampau sayang hati ini
mohon jangan buat aku terlampau terluka
sebab aku takut semakin dalam semakin susah untuk sembuh...

maaf bukan menyalahkan
hanya ingin meluahkan isi hati
hanya sini tempat aku mampu luahkan semuanya
sebab tak akan ada yang membacanya
 :)

Khamis, 17 Oktober 2013

masih kah ada???


di dunia ini aku terfikir
masih adakah rasa yang ikhlas merasai
masih adakah sayang yang iklas menyayangi
masih adakah hati yang ikhlas memberi

dalam hubungan ada yang kata
"biarkan saja..."
"setialah bersama"
"jagalah dia..."
"kawal lah dia...."
"sayang lah dia...."

tapi itu semua kata mereka
lain orang lain cerita hidupnya
andai dia tidak mahu dia akan tinggalkan kita tanpa alasan

ingatlah hati...
tiada hubungan yang serius dalam hidup ini
jika dia tidak ambil serius dalam hubungan bermaksud dia hanya ingin mencuba
mencuba tanpa berhajat mengambilnya

sudah lah wahai hati...
berhentilah mengharap
berhentilah menanti
berhentilah menunggu
berhentilah.....
usah berputar roda kesalahan
usah memusing kipas kehidupan
matikanlah segalanya.....

wahai jiwa...berhentilah dekat dengan hati....
moga diri ini mampu berhenti....
untuk terus berhenti....

Rabu, 9 Oktober 2013

amaran keras



AMARAN KERAS : Diminta adik2ku & anak2ku yg disayangi semua dalam ACCTI supaya tidak membuat video untuk makwe & pakwe sambil menyanyi sumbang macam kera kena belacan. Ataupun ucapan kasih sayang yg diupload sempena ulangtahun cinta monyet yg baru seminggu couple contohnya. 

Perbuatan seperti itu abang edy @pak long akan balas dengan mencampak hangpa ke dalam kolam ikan keli Tok Pit supaya membiak menjadi ikan keli dan nanti kami akan panggang jadi ikan keli bakar cicah ayaq asam.

Hangpa adalah generasi ACCTI, untuk kami lihat kejayaan hangpa di masa depan dalam apa jua bidang yang terbaik. Bukan sahaja akademik tapi kelakuan & akhlak hangpa semua. Kejayaan pulak bukan untuk di angkuhkan, tapi untuk keperluan kehidupan dan membalas penat lelah ibubapa dan keluarga. Kejayaan tak semestinya dalam akademik, tapi dalam semua bidang lain.

Zaman makin jahat, hgpa yg perlu kuat. Ingat mak bapak. ingat TOK @ abang @ kakak @ adik @ sepupu2 dll.

Berendah diri dan berkeyakinanlah. Buang hasad dengki dan iri hati. Tolong sesama tolong antara semua terutamanya keluarga ACCTI. Ini keluarga kita, jgn cemarkan dengan perkara yg bole menconteng arang di facebook.

Berjanjilah dalam diri. Allah tak suka org mungkir janji. Ingatlah.

***Kolam ikan keli tu tgh kosong la ni. Jgn buat pasai tau.




ni pesanan keras berunsur akta perperangan Suhaidi @ abg aku @ paklong anak2 buah aku...
kalu sapa berani buat meh ar try...
ni semua tercetus apabila dy tgok video2 budak bru up bercinta kt fb tu ar...hahah
last2 dy post kt group fmily kitorg...
seyes aku baca gelak tergolek2 atas katil...
amaran keras tol la hahaha

k bye...