Sabtu, 21 Januari 2012

hari menambah kenalan fb ^_^

arini hari menambah kenalan
macam x sangka kan...
peehh memg terbek la..
selalunya aku membuang frend list kat fb aku
tapi tiba-tiba arini aku MENGadd n MENGapp member-member kat fb
hahahaha
macam gila ja tiba2


arini jugak budak2 ni membuat page n group untuk kumpulan 1...
memang jiba IT toi la korg ni
hahaha xpa2 aku suka
tapi aku rasa gempak gila la dgn diorg
seyes bila aku kenal diorg aku rsa epy sgt2
korang memang best sangat-sangat la
mmmmmuuuaaahhhhh !!!!!!!

kak husna sayang korg sangat-sangat tau

Jumaat, 20 Januari 2012

~~Andai belum tiba masanya~~






Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

copy paste ::  Artikel iluvislam.com


Selasa, 10 Januari 2012

menghargai masa ini untuk online ^_^


cik Kura tengah berkemas-kemas beg pakaian..
aku rasa dah 3 ari aku kemas-kemas 
tapi aku tengok tak lengkap-lengkap pon lagi beg aku ni
ala maklumla berkemas sambil online mestila tak ciap kan..
pastu mula la mulut-mulut orang di sekitarku bersuara..

mak dah merepek,,
tok dah bising,,
makngah n makjang dah riuh-riuh ungkit,,
adik-adik dok tanya,,
aku........???
still sibuk online...hahaha

alasannya:::nak menghargai masa-masa yang ada ni untuk online puas-puas...
gedik toi kan...

**esok dah nak g...tapi barang-barang macam tak tersusun lagi =_='



*muka cuak gila...ntah apa2**


###akankembalidalambeberapaminggulagi###








Isnin, 9 Januari 2012

memborong di Pasar Tonggek



Salam
aku baru balik memborong baju-baju di pasar tonggek@ pasar kemboja...hahaha
kenapa pasar tonggek???
haha ntah la ni smua sebab sepupu aku tu la...
diorang gelarkan pasar tonggek sedangkan nama dia pasar Kemboja..

kat sini banyak gila jual baju,tudung,jubah nmcam2 lagi la..
baju2 dia semua ikot peredaran semasa tau...
cun gila wey..
gila meroyan tgok baju2 dy..terbaikkkkk oooo!!!!!!
harga dia dah la murah...rambang mata wey

nah aku bagi tunjuk untuk tontonan kak sepupu ku...
ce pilih...ce pilih ye anda...



kalu spa2 berkenan habaq kat cek...
insyaallah cek jualkan...
^_^





Bukannya aku DENDAM


aku tak berniat untuk berdendam
aku tak berniat untuk memaki hamun
aku tak berniat untuk bergaduh
aku tak berniat untuk menjauhkan diri

tetapi jika ini balasan yang kau berikan
aku tak akan berlembut

jangan disangka seorang wanita itu lemah
tetapi ingatlah seorang wanita mampu megoncang dunia

lebih baik engkau pergi dalam hidup aku agar tiada lagi dendam di hati.

Ahad, 8 Januari 2012

cermin diri tu dulu



mak n pak aku sering berpesan
kita kena buat baik kat orang,jangan terlalu berkira..
nanti kita susah orang pulak tolong kita

mak pak aku sering berpesan
juga dok selalu balas dendam kat orang..
nanti orang balas lagi teruk kat kita

mak pak aku selalu berpesan
jangan dok maki-maki n pukul orang..
berdosa tu...msuk penjara

mak pak aku selalu berpesan
buat baik mesti dibalas baik
buat jahat dibalas jahat..

oleh sebab mak pak aku selalu pesan baik-baik belaka
aku sabarkan ja mood aku sekarang ni
tapi aku tetep nk habaq kat sini
$#%#$@^ perangai kau macam *$^#%!!!!

* kalau nak maki-maki aku cermin diri tu dulu...siot pergai macam budak-budak tadika..
otak letak kat lutut ka???








Jumaat, 6 Januari 2012

jatuh cinta dengan SURIA CINTA


ssshhhh!!! (sambil jari letak kt bibir)jangan bising-bising..kang mak aku terjaga..mau tau kat mak aku yang aku tengah on9 ni mesti bising punya la...ni pon men sorok-sorok dalam bilik..kang tersorok tol baru tau..(mintak simpang)..jahat punya mulut..

ok malam ni aku gila jiwang tiba-tiba kot...ngeee tengah malam cam ni tiba-tiba aku dok layan suria cinta..hahaha ni semua sebab si budak Yokozuna Taichou and Mohd Akmal Rilexs..
thanks korg wat aku cari balik n on MP4 aku yang dah berhabuk ni...haha

aku lama kot x layan suria cinta ni...ala maklumla hati dah keras kot..hahha tiba2 malam ni TERlayan pulak..bila dah TERlayan tu jawabnya payah nk stop la...macam x dak brek terus tu kikiki...

suria cinta memg lagu dy wat aku syahdu kot...leh ingat kenangan lama n menyentuh hati aku kot..ngeeee...sentap sudah =_=

ok fine sudah2 jangan ingat kenangan dulu...
ap2 pon suria cinta best la bila layan lagu jiwang dia ^_^

##tiba2 jatuh cinta kat SURIA CINTA##

bacaan ketika mengndung




Surah Bacaan Ketika Mengandung ;

Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“ Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)

Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ;

■ Mengamalkan solat wajib dan sunat

■ Mengamalkan zikir

■ Membaca al-Quran

■ Mendengar muzik yang tenang

■ Membaca buku-buku ilmiah

■ Berbual dengan anak dalam kandungan

■ Menjaga adab dan emosi

■ Tidak tertekan atau stress

■ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan

■ Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)

■ Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya

■ Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar


IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR ;

Negatif
Ibu bapa sering bergaduh => Anak menjadi ganas dan panas baran

Positif
Ibu bapa sering bersedekah => Hati anak lembut

Negatif
Ibu mengidam benda pelik => Petanda tidak baik terhadap sikap anak

Positif
Ibu tidak meninggalkan solat => Anak mudah mendapat hidayah

Negatif
Ibu bermain kayu tiga => Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat

Positif
Ibu sering membaca al-Quran => Dapat anak yang bijak

Positif
Ibu mengawal emosi => Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan



special untuk kakak2 iparku dan abg2 ku ^_^



Rabu, 4 Januari 2012

kepuasan novel trriller


selesai juga akhirnya

seyes puas gila aku baca buku ni..penulisan dari penulis Ramli Awang Murshid bagi aku  kepuasan dalam diri...aku rasa puas sangat-sangat bila baca novel dari dia.Novel dia banyak sangat khayalan n aksi yang mendebarkan..cerita dia boleh membawa aku ke dalam watak tersebut...seyes puas gila baca berbanding novel cinta..

aku ni bukan kaki membeli novel-novel ni..selama ni aku banyak pinjam kak sepupu aku punya novel ja.tak reti nak beli novel sebab aku beli je mesti tak best..
sikap aku bila baca novel mesti akan berlarutan.disebabkan tu aku dah stop baca novel setahun lebih..maklumla exam STPM pnya pasal..sedangkan x tak stdy sangat pon.

sekarng dah habis study aku gila bca novel plak..so sekrag memang banyak gila novel kat rumah yang aku kebas dari pembekal2 aku tu..depa ni pembekal novel..baru setahun kot aku x baca dah bertimbun2 novel..
tapi novel yang aku x puas ati lagi novel RAMLI AWANG MURSID yang kesinambungan novel2 tentang Saifuddin aka Laksamana Sunan .. novel-novel ni aku x sentuh pon lagi.ni disebabkan aku masih x dapt lagi 2 novel permulaan cerita..rasa tak puas pulak bila baca terus dari buku ke3..

disebabkan itu aku tekat esok nk p kedai n cari buku ni..




akan ku cari untuk dibuat koleksi...mesti puas gila kn hehe..
tapi melebur jugak la duet aku pas ni..

#kedekut puya olang



**hanya yang membaca memahami keistimewaan cerita-ceritanya***


Isnin, 2 Januari 2012

Jodoh itu Rahsia ALLAH



Jodoh itu Rahsia ALLAH




SEKUAT mana kita setia...

SEHEBAT mana kita merancang...

SEJAUH mana kita menunggu...

SEKERAS mana kita bersabar...

SEJUJUR mana kita menerima antara satu sama lain...

SEDALAM mana cinta kita...


Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama...

Kita Tetap Tidak Akan Bersama Hingga Ke Akhirnya






si kecik





tiba-tiba rindu si kecik ni
huhu
aku suka gila pic ni..
pic ni time bulan lepas
waktu si kecik ni balik kampung...

anak sedara aku ni memang suka joget bila dengar lagu feberettt dia
disebabkan time tu lagu Alif Satar "Lelaki Seperti Aku" femoss si kecik ni pon minat gila-gila lagu ni tau
bayangkan la bila bukak je lagu ni terus dy menari...teruja gila dia dok dengar lagu ni..
tapi abang aku ni jahat cikit
dia bagi pakaikan benda alah berat-berat ni kat kepala si kecik tu
terus berhenti menari..terus terduduk n buat muka pelek..
dia tak bergerak terus...kaku tiba2..
macam dalam pic ni
hahaha
sweetkan....

rindu gila aku dekat dia tau..
dah sebulan tak balik kampung
rajin dok skype je..
tapi dia dah pandai sembang-sembang dengan aku dekat skype...
sembang punya la kuat...macamla aku faham..haha
siap tunjuk skill berjalan g..peh bijak toi la budak kecik ni...
 melalui skype ni la aku n family aku dapat tengok si kecik ni dari baby smpaila besaq sekarang ni...
bagus jugakkan bila umah ada internet ni...hehehe
nasib bek baru sorang...
kalu ramai anak sedara aku macam ni tak larat aku nk layan huhu

apa-apa pon aku sayang sangat si kecik ni tau...
mmmuuuuahhhhh
i love u so much....




Ahad, 1 Januari 2012

selamat tahun baru 2012 ^_^

assalamualaikum


selamat tinggal 2011...selamat datang 2012...


ok aku rasa macam dah terlambat ja nak buat countdown pasal 2012..
orang post pasal 2011 semalam tapi aku hari ni
ketinggalan tahun betul la aku ni
apa-apa ja la asalkan aku nak jugak buat story pasal 2011...
hahaha kerek gila tahap ngeek~~~~

ok,,sempena sambut tahun baru yang dah beberapa jam bermula aku rasa masih belum terlambat aku ucap SELAMAT TAHUN BARU 2012...

ok aku nk cita pasal tahun 2011 k
tahun 2011 telah berlalu...tahun yang paling banyak kenangan dalam hidup aku...
tahun ini aku lebih banyak mendapat kenangan pahit...mybe....

2011 banyak melahirkan kenangan dan kejadian yang tak dijangka dalam hidup aku

tahun aku tahu erti hidup,,
tahun yang aku tahu siapa lawan,siap kawan,
tahun berakhirnya kasih di hati aku,
tahun aku perlu belajar rajin2 untuk STPM
dan tahun yang aku kehilangn My Father yang tersayang...

tahun 2011 betul-betul mematangkan diri aku...
tahun yang banyak megajar aku erti kehidupan di alam realiti ini...
tahun yang telah menjadikan hati aku lebih tabah..
tahun yang mengubah aku menjadi diri aku sendiri tanpa berpura-pura.

aku betul-betul banyak belajar dalam tahun 2011 ni..
2011 banyak meninggalkn kenangan pada diri aku
aku sayang tahun 2011 sangat-sangat
mmuuuuaahhhh cayang kamo...


tapi sempena tahun 2012 ni aku harap tahun ni memberi aku sejuta kenangan dan pengalamn dalam menempuh hari-hari mendatang
selamat datang tahun 2012...
aku menanti mu dengan penuh harapan
'welcome 2012"



##but umor aku still muda g k...
    tetap nk 19 boleh ^_^

"Biar Mimpi Sampai Ke Bintang"




"Biar Mimpi Sampai Ke Bintang"

aku baru habis tengok cerita ni...seyes puas gila...aku rasa cerita ni lengkap habis...cerita yang penuh dengan cerita...haha

bukan apa sekarang ni banyak cerita dalam movie 2 ada cikit je penyampaian dy...kdg2 slot mood je lebih..
time slot macam 2 la yang buat aku mengantuk gila..teruk kan aku ni hahaha

tapi cita ni memang gempak...aku rasa puas la tgok...pehh terbek la..

i like this movie ^_^

~~tiba2 berangan nak pi bintang ~~